Bayi mangsa kekejaman terbaru Israel

Berita Harian (6/3/2008)

GAZA: Seorang bayi yang baru berusia sebulan adalah antara korban terbaru tentera Israel yang menceroboh selatan Gaza dan bertempur dengan pejuang sehari selepas menamatkan operasi di utara wilayah itu.

Keganasan meletus kelmarin ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice, merayu Israel dan Palestin menyambung semula rundingan.

Presiden Mahmoud Abbas, yang mengawal kerajaan di Tebing Barat, membatalkan rundingan Ahad lalu sebagai membantah angka kematian tinggi disebabkan operasi tentera rejim Zionis itu di Gaza yang ditadbir Hamas.


Dalam serangan dua jam kelmarin, kereta kebal Israel membedil peluru manakala helikopter tempur pula membedil peluru berpandu.

Bayi berkenaan terbunuh disebabkan pantulan peluru dan seorang pemimpin Jihad Islam turut terkorban, kata pegawai Kementerian Kesihatan Palestin, Moaiya Hassanain.

Jihad Islam mengeluarkan kenyataan bersumpah untuk membalas dendam.

Operasi singkat itu dilakukan ketika pegawai Israel menggesa operasi ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza dilancarkan kononnya untuk menghentikan serangan roket pejuang, yang bermula minggu lalu meregang dari utara ke bandar persisiran pantai Ashkelon, 17 kilometer dari Gaza.

Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, dipetik sebagai berkata tentera Israel mungkin terpaksa berpatah balik ke wilayah itu, yang menyaksikan pengunduran penduduk Yahudi pada lewat tahun 2000 selepas pencerobohan selama 38 tahun.

Pegawai di pejabatnya menjelaskan Livni merujuk kepada operasi tentera, bukan penawanan semula. – AP

Ke Makam Bonda ~ Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi

Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat

Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu

Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan

Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami

Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan

Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang

Isu 3: Babi Perlu Langkah Rasional

Dalam mebicarakan isu babi juga kita perlu berhati-hati kerana takut menyentuh mana-mana sensitiviti kaum lain. Saya menghormati semuak kaum kerana saya percaya Islam agama saya adalah untuk semua. Islam bukan untuk orang Melayu tetapi untuk semua selagi dia mempercayai keesaan ALLAH. Sebab itulah ALLAH menjadikan kita dari pelbagai kaum dan warna kulit supaya kita saling kenal-mengenali dan cinta mencintai.Isu babi pun telah di bawa ke mahkhamah. Biarlah mahkhamah yangmenentukan keputusannya. Namun, kita juga perlu memaafkan babi kerana bukan salah mereka. Mereka juga haiwan yang diciptakan TUHAN. Memang kita umatIslam diHARAMkan makan babi namun tidak bermakna kita perlu mengkesampingkan nya sebagai mahklukTUHAN. Begitulah kisah babi. Dengan ini tamatlah episod babi. Akan datang mungkin episod lain pulak k. Biarlahbabi dengan kehidupannya dalam rumah-rumah babi. Jangan diganggu kerana takut kalu kita asyik mengganguhabitat babi nanti kita yang jadi gilababi atau pun gila kepada babi.

Isu 2: Babi Menipu Orang Kampungnya

Melaka seperti yang semua orang sedia maklum ada segalanya. Bahkan, anggapan bagi sesetengah orang sebagai negeri warisan Melaka Melawat Melaka Beerti Melawat Malaysia. Kualiti hidup di Melaka juga agak baik. Ada fasiliti yang cukup dan terbaru kerajaan negeri dalam rangka membesarkan lapangan terbang dan pelan pembangunan monorel di Melaka. Bahkan, sebuah TamanTema Air tepi pantai di Klebang juga bakal disiapkan dalam masa 2 tahun lagi. Terima Kasih Datuk Ali.
Dengan perkembangan yang cukup drastik ini maka baru-baru ini dalam kunjungan ke Melaka Pak Lah telah mengeluarkan kenyataan bahawa sungguhpun Melaka tidak ada hasil buminya sendiri tetapi rakyat Melaka boleh berbangga kerana capaian hasil negeri Melaka adalah yang tertinggi di Malaysia. Bahkan, Datuk Najib pun mengatakan perkara yang hampir serupa. Namun, setiap kebahagiaan pasti ada pasang surutnya. Terbaru Melaka dikejutkan dengan isu babi. Semuanya gara-gara penduduk kampung yang melaporkan kepada TV 3. Isu ini telah menutup segala yang baik-baik mengenaiMelaka. Ibarat kata hanya babilah yang ada di Melaka. Mungkin kalau orang kampung tak melaporkan kepada TV3 mesti perkara ini tidak berlaku. Namun yelah babikan siapa yang boleh tahan. Ibarat kata babi ni seperti orang yang selaluMENIPU. Hal demikian kerana babi ni mungkin sedap di makan tetapi bahaya kepada kesihatan. Ni lah yang dikatakan kerana babi 100000 ekor rosak berjuta-juta keindahan di negeri Melaka. Babi telah menipu orang kampung dan babi menjejaskan imej Melaka.

Isu 1: Melaka dan Babinya

Melaka merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di seantero negara ini.Tidak siapa pun boleh menafikan kerana pelancongan Melaka merupakan penyumbang hasil terbesar dana kepada Kerajaan Persekutuan (diakui oleh TPM sendiri). Namun, dalam masa yang sama sebuah lagi sejarah yang terpalit di Melaka adalah kisah sang babi yang bermaharajalela di Kuala Sg Baru. Babi atau nama kehormatnya YB Khinzir (YB disini bermaksud Yang Babi) adalah sejenis binatang yang haram bagi orang Islam. Namun satu kekuatan babi adalah babi mampu beranak dengan banyaknya dalam masa yang singkat. Meminjam kata-kata sang kelembai dalam blognya sebab itulah orang Melayu lama ada menyebut kalau beranak ramai tu seperti beranak macam babi. Haha..Masalah babi di Kuala Sg Baru bukanlah isu baru. Isu ini hanya hangat buat masa seketika apabila Karam SinghWalia melakukan serbuan dan laporan dalam Buletin Utama. Namun, saya yakin belum tentu lagi masalah ini selesai.Hal demikian kerana isu ini menyentuh pelbagai kepentingan termasuk darisegi politik mahu pun kewangan tertentu. Ini bukanlah andaian kosong namun, kata-kata yang dinyatakan oleh orang kampung.Malah isu babi di Melaka ini adalah kesinambungan dari saudara-mara babi yang telah tewas di medan perang BukitPelanduk N9 ketika hangatnya virus JE satu ketika dulu. Namun, pelancong di Melaka jangan bimbang kerana perkampungan babi ini jauh dari kawasan pelancongan. Anda mungkin selamat. Diharapkan catatan ringkas ini mampu menunjukkan bahawa saya bukanlah orang yang gajah di depan mata tak nampak tetapi kuman dihujung laut hendak diteropong dengan mikroskop. Kadangkala gajah depan mata ni susah nak ditumbangkan. Itulah masalahnya. Haha.. Kepada anak-anak Melaka marilah kita buat baktisiswa membersihkan gajah eh silap membersihkan babi di kuala. Jom. Pengarah Projek Radzia sebab dia budak zoologi pandai mempupuskan gen-gen babi ni. Haha.. Mari berjuang jangan sampai orang panggil nanti MelakaDarul Babi.

Antara Masjid Kristal, pelacur dan negeri yang "KAYA"

Aku bukanlah seorang yang terlalu arif dalam bidang ekonomi. Namun, sehingga ke hari ini alhamdulillah sebagai pelajar yang mengambil jurusan ekonomi keputusanku tidak menghampakan.Dalam menyelusuri dasawarsa ini, sebuah lagi monumen tamadun Islam telah dibina di sebuah negeri di Pantai Timur. SebuahMasjid yang dikenali Masjid Kristal juga telah dibina di situ.Dalam aspek ekonomi, perbelanjaan kerajaan adalah suatu aspek yang penting untuk melonjakkan ekonomi sesebuah negara atau negeri. Namun, perbelanjaan yang kurang berhemah sebenarnya menjerat sesebuah negeri untuk mengembangkan ekonominya.
Oleh demikian, perbelanjaan menyediakanTaman tersebut saya lihat kurang meberi manfaat kepada ekonomi negeri tersebut.Memandangkan negeri tersebut kini berada dalam kedudukan yang kedua terMISKIN selepas Sarawak (menurut laporan audit) maka, perbelanjaan ke arah memanfaatkan rakyat terbanyak perludilakukan.
Malah, dalam isu ini dari sudut keagamaan, saya melihat pembinaan Masjid ini tidak memberi manfaat yang terlalu besar kepada umat sejagat. Sebagai orang Islam, masjid merupakan institusi yang dibina atas dasar iman dan taqwa bukannya untuk bermegah-megah. Namun,adakah Masjid Kristal dibina atasa dasar taqwa?? Di samping itu, pembinaan monumen ini merupakan satu jerat 'romantism' ke atas umat Islam. Mungkin kebanyakan kita tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan romantism. Romantism merupakan satu idealisme membawa kita terlalumendewa-dewakan hal-hal umat yang telah lepas. Apa ertinya kita berbangga dengan kejayaan umat yang lepas tetapi tidak melihat permasalahan umat pada hari ini.(Rujuk buku Islam di Asia Barat:Penjelejahan dan Pergolakan)
Seperkara lagi, saya teringat akan isu pelcur dan gereja semasa saya melakukanProjek Warga. Dalam temubual saya dengan seorang pekerja sosial, beliau ada memberitahu kepada saya kebanyakkanpelacur bawahan mendapatkan makananpercuma di sesetengah gereja. Dan kebanyakan pelacur ini adalah orang Melayu.Untuk itu, kalau kerajaan negeri tersebut dah terlalu banyak duit baik fikirkan inisiatif tersebut. Ini masalah umat. Bahkan negeri tersebut dalam setahun yang lepas diberitakan dalamakhbar KOSMO banyak pelacur dan mak janda yang kehilangan suaminya.Hanya pendapat saya..