Teman yang dicari


Menyantuni rakan merupakan satu perkara yang amat digemari oleh ku. Rakan terbahagi kepada banyak cabang rakan ketika senang, rakan semasa susah dan rakan semasa senang dan susah. Secara majoritinya kebanyakan kita mudah untuk menjumpai rakan ketika senang. Sebaliknya ketika susah biasanya kita keseorangan atau mungkin didampingi teman wanita sendiri (itu pun bagi yang sudah berpunya). Oleh itu, hargailah kawan kita ketika kita mempunyai kesempatan untuk bersamanya. Jadikanlah prinsip hidup, "sekali kita berteman selamanya kita bersama". Jika entri ini dibaca oleh anak muridku ingin cikgu berpesan kepada kalian carilah teman yang dapat membahagiakan kalian semasa susah mahupun senang. Kawan selamanya..

No comments: