Antara Masjid Kristal, pelacur dan negeri yang "KAYA"

Aku bukanlah seorang yang terlalu arif dalam bidang ekonomi. Namun, sehingga ke hari ini alhamdulillah sebagai pelajar yang mengambil jurusan ekonomi keputusanku tidak menghampakan.Dalam menyelusuri dasawarsa ini, sebuah lagi monumen tamadun Islam telah dibina di sebuah negeri di Pantai Timur. SebuahMasjid yang dikenali Masjid Kristal juga telah dibina di situ.Dalam aspek ekonomi, perbelanjaan kerajaan adalah suatu aspek yang penting untuk melonjakkan ekonomi sesebuah negara atau negeri. Namun, perbelanjaan yang kurang berhemah sebenarnya menjerat sesebuah negeri untuk mengembangkan ekonominya.
Oleh demikian, perbelanjaan menyediakanTaman tersebut saya lihat kurang meberi manfaat kepada ekonomi negeri tersebut.Memandangkan negeri tersebut kini berada dalam kedudukan yang kedua terMISKIN selepas Sarawak (menurut laporan audit) maka, perbelanjaan ke arah memanfaatkan rakyat terbanyak perludilakukan.
Malah, dalam isu ini dari sudut keagamaan, saya melihat pembinaan Masjid ini tidak memberi manfaat yang terlalu besar kepada umat sejagat. Sebagai orang Islam, masjid merupakan institusi yang dibina atas dasar iman dan taqwa bukannya untuk bermegah-megah. Namun,adakah Masjid Kristal dibina atasa dasar taqwa?? Di samping itu, pembinaan monumen ini merupakan satu jerat 'romantism' ke atas umat Islam. Mungkin kebanyakan kita tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan romantism. Romantism merupakan satu idealisme membawa kita terlalumendewa-dewakan hal-hal umat yang telah lepas. Apa ertinya kita berbangga dengan kejayaan umat yang lepas tetapi tidak melihat permasalahan umat pada hari ini.(Rujuk buku Islam di Asia Barat:Penjelejahan dan Pergolakan)
Seperkara lagi, saya teringat akan isu pelcur dan gereja semasa saya melakukanProjek Warga. Dalam temubual saya dengan seorang pekerja sosial, beliau ada memberitahu kepada saya kebanyakkanpelacur bawahan mendapatkan makananpercuma di sesetengah gereja. Dan kebanyakan pelacur ini adalah orang Melayu.Untuk itu, kalau kerajaan negeri tersebut dah terlalu banyak duit baik fikirkan inisiatif tersebut. Ini masalah umat. Bahkan negeri tersebut dalam setahun yang lepas diberitakan dalamakhbar KOSMO banyak pelacur dan mak janda yang kehilangan suaminya.Hanya pendapat saya..

No comments: