Isu 2: Babi Menipu Orang Kampungnya

Melaka seperti yang semua orang sedia maklum ada segalanya. Bahkan, anggapan bagi sesetengah orang sebagai negeri warisan Melaka Melawat Melaka Beerti Melawat Malaysia. Kualiti hidup di Melaka juga agak baik. Ada fasiliti yang cukup dan terbaru kerajaan negeri dalam rangka membesarkan lapangan terbang dan pelan pembangunan monorel di Melaka. Bahkan, sebuah TamanTema Air tepi pantai di Klebang juga bakal disiapkan dalam masa 2 tahun lagi. Terima Kasih Datuk Ali.
Dengan perkembangan yang cukup drastik ini maka baru-baru ini dalam kunjungan ke Melaka Pak Lah telah mengeluarkan kenyataan bahawa sungguhpun Melaka tidak ada hasil buminya sendiri tetapi rakyat Melaka boleh berbangga kerana capaian hasil negeri Melaka adalah yang tertinggi di Malaysia. Bahkan, Datuk Najib pun mengatakan perkara yang hampir serupa. Namun, setiap kebahagiaan pasti ada pasang surutnya. Terbaru Melaka dikejutkan dengan isu babi. Semuanya gara-gara penduduk kampung yang melaporkan kepada TV 3. Isu ini telah menutup segala yang baik-baik mengenaiMelaka. Ibarat kata hanya babilah yang ada di Melaka. Mungkin kalau orang kampung tak melaporkan kepada TV3 mesti perkara ini tidak berlaku. Namun yelah babikan siapa yang boleh tahan. Ibarat kata babi ni seperti orang yang selaluMENIPU. Hal demikian kerana babi ni mungkin sedap di makan tetapi bahaya kepada kesihatan. Ni lah yang dikatakan kerana babi 100000 ekor rosak berjuta-juta keindahan di negeri Melaka. Babi telah menipu orang kampung dan babi menjejaskan imej Melaka.

No comments: