Isu 1: Melaka dan Babinya

Melaka merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di seantero negara ini.Tidak siapa pun boleh menafikan kerana pelancongan Melaka merupakan penyumbang hasil terbesar dana kepada Kerajaan Persekutuan (diakui oleh TPM sendiri). Namun, dalam masa yang sama sebuah lagi sejarah yang terpalit di Melaka adalah kisah sang babi yang bermaharajalela di Kuala Sg Baru. Babi atau nama kehormatnya YB Khinzir (YB disini bermaksud Yang Babi) adalah sejenis binatang yang haram bagi orang Islam. Namun satu kekuatan babi adalah babi mampu beranak dengan banyaknya dalam masa yang singkat. Meminjam kata-kata sang kelembai dalam blognya sebab itulah orang Melayu lama ada menyebut kalau beranak ramai tu seperti beranak macam babi. Haha..Masalah babi di Kuala Sg Baru bukanlah isu baru. Isu ini hanya hangat buat masa seketika apabila Karam SinghWalia melakukan serbuan dan laporan dalam Buletin Utama. Namun, saya yakin belum tentu lagi masalah ini selesai.Hal demikian kerana isu ini menyentuh pelbagai kepentingan termasuk darisegi politik mahu pun kewangan tertentu. Ini bukanlah andaian kosong namun, kata-kata yang dinyatakan oleh orang kampung.Malah isu babi di Melaka ini adalah kesinambungan dari saudara-mara babi yang telah tewas di medan perang BukitPelanduk N9 ketika hangatnya virus JE satu ketika dulu. Namun, pelancong di Melaka jangan bimbang kerana perkampungan babi ini jauh dari kawasan pelancongan. Anda mungkin selamat. Diharapkan catatan ringkas ini mampu menunjukkan bahawa saya bukanlah orang yang gajah di depan mata tak nampak tetapi kuman dihujung laut hendak diteropong dengan mikroskop. Kadangkala gajah depan mata ni susah nak ditumbangkan. Itulah masalahnya. Haha.. Kepada anak-anak Melaka marilah kita buat baktisiswa membersihkan gajah eh silap membersihkan babi di kuala. Jom. Pengarah Projek Radzia sebab dia budak zoologi pandai mempupuskan gen-gen babi ni. Haha.. Mari berjuang jangan sampai orang panggil nanti MelakaDarul Babi.

No comments: